BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

:::: bErSabaRlah.....

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Friday, February 19, 2010

...::::: Cuti mIdSeM yaNg SonOk cmpuR sAyu...::::::

Assalamualaikum,,,
da nk hbis cuti nih,,,tp keja ambe xde la ciap sume..xpe2 jgn putus asa,,ambe da cuba wt yg terbek...

hmmm kita mula dengan kisah yang sangat sonok+best+syok sgt....
cuti sem bermula,,dalam sedar xsedar (tp wat2 xsedar la) byk keja yang diamanahkan lectrer...
1) madah sosiologi (present n paperwork)
2) madah nahu sorof (tahriri matan)
3) madah muqaranah adyan (pper work n present)
4) madah nusus (test 1)
5) tesis bab2,3,4
SUBHANALLAH,,,,ALHAMDULILLAH,,,ALLAHUAKBAR....

hari sabtu 13feb 2009,
dgn shbt2 p mpkt,,ng k.teh,ude,k.anje,elon...
sonok..nek bas p kerteh kol3,,elon n k.anje antaq..
dlam bas plak,,pnye la excted xtdo ana,,,

alhamdulillah 2jm lbih pjalann da smpai...

abgngah amekdpn mc D..xtkata kseronokkan ble dat jupe mama+baba+big bro+k.long+k.ngah+Izzah,,,adess lupa jupe bangah gk,,

w/pun xblik rumah btoi tp ble jupa kt umah bangah k dah,,bsyukur ye,,yg len ada yg dok jauh smpai xblik lgsung..

mlm tu,kuor p mesra mall@mesghe mo(cakak ganu)

meriahnye izzah ni,,da beso dy,,berat n da tnggi,,tkejut tol ana tgok dlm buai,pnjg...huhuhu

Ya Allah,bsyukurnya aku dikurniakan keluarga yang amat penyanyang,,aku harapkan pada-Mu panjangkan umur kami,murahkan rezki kami spaya dapt mbantu golongan yang mmerlukan...Kau lindungilah kami dari bala bencana serta azab siksa-Mu,,,
Ketemukan kami disyurga-Mu..

banyak yang bermain difikiran nih,,terharu sgt fmly tsayng datang..
disebbkan ana xjdi blik umah,,,

Ya Allah belum tertunai rasenya hajat serta amanah yang diberikan mereka untuk ana laksanakan,,, Cnme nk balas jasa serta pengorbanan mereka???Ya Allah jadikan lah kami bertiga anak yang soleh yang mjdi harta mama+baba dunia akhirat,,,,

ha,,ni gmbo kt pntai Kemasik,,,

ha,,,,msuk palk part sayu....

lepas je balik dari kerteh singgah lu umah Tn Guru Hj Hadi,kt Rusila,,,
anak beliau wat aqiqah,,,mkn nsik mandi...ng kambing..

dalam 2jam dok sne,,btolak blik kmpus,,panas terik sgt trengganu..fuh bkuap!sabo2
p mydin dlu,,bli barang2 yg da hbis...

kt kmpus plak,,bagi brg kt mama mntk bwk blik umah...

pastu tinggal lah ana n kwn2 yang xblik kg,,

pas2 p la lepak2 n mharap ehsan k.yus,k.nad n k.ain,,,,hek8

dapt cpta kenangan ng shbat2..

Ya Allah hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui,beratnya hati ni nk bpisah,,,ble menjejakkan kaki kt udm je,,terasa berat beban yang ditanggung..sbg pelajar, anak dan Pejuang Agama ini,,,

Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita sama2 menempuh dugaan dan ujian menuntut ilmu di tempat orang....

doakan untuk dgree nih ana dpt lah dok kt u yang dekt sket ng umah,,,,

da hikmah big bro berkahwin ngan k.long,dok dekat sket,,senang.bleh tgok2kan mama+baba...

ok la,,da nk blik blik,,smbung asgment kt blek plak....

tata Assalamualaikum....

Tuesday, February 9, 2010

....:::: sAbo yeA Yop ::::>>>


SALAM,,


KOTA BARU, Feb 9 — PAS akui telah menduga keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini dalam pertikaian Menteri Besar Perak yang sahih membabitkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan berpihak kepada mereka.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata berdasarkan pengalaman lepas yang membabitkan isu-isu kontroversi memang “kita telah menduga keputusan Mahkamah Persekutuan pagi ini”.

“Rasionalnya kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Ia sesekali tidak melemahkan semangat dalam Pakatan untuk meningkatkan lagi tahap keperkasaan perjuangan ke arah yang lebih mantap.

“Meskipun keputusan hari ini dianggap sebagai suatu hari yang gelap bagi kami, namun kita yakin, malah saya sendiri merasai keputusan itu bakal mencetuskan satu fenomena atau kesedaran baru di kalangan rakyat tentang hak-hak atau keadilan rakyat dalam negara ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata agenda utama PR selepas ini memberi tumpuan dalam usaha membangkitkan kesedaran serta kefahaman rakyat tatkala menghadapi pelbagai isu mahupun kontroversi yang kadang-kadang dilihat agak mengelirukan.

Krisis politik Perak bermula apabila dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) serta Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP keluar parti masing-masing untuk bertindak sebagai wakil rakyat Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, para penyokong pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang.

“Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Azizan berkata, Kedah juga sedang menunggu satu keputusan mahkamah mengenai kedudukan kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh dan mengharapkan satu keputusan yang adil juga.

Kota Siputeh kini menjadi perhatian sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarip sama ada akan kekal sebagai wakil rakyat kawasan DUN itu atau pilihan raya kecil diadakan.


......KEMENANGAN UNTUK ISLAM SUATU HARI NNT......